27 July 2024, Saturday | 06:03pm

Joan Mir akui mula tertekan

2020-11-06

VALENCIA, Sepanyol: Joan Mir mengakui mula berasa tekanan apabila dia semakin hampir menjadi juara dunia MotoGP tanpa memenangi sebarang perlumbaan.

Dengan tiga perlumbaan berbaki, masih ada 75 mata ditawarkan.

Hanya 32 mata memisahkan enam kelompok teratas dalam musim yang dilanda pandemik COVID-19 dan ketiadaan juara enam kali, Marc Marquez.

Pelumba Sepanyol itu tidak bersaing sejak tangannya patah ketika aksi pembuka tirai di Jerez.

"Sudah pasti terasa sedikit tekanan kerana kejuaraan semakin berakhir. Jadi semua orang berasakan ia akan berakhir.

"Saya tidak peduli tentang yang lain, saya hanya memikirkan perasaan saya. Saya rasa selesa di atas jentera," kata Mir, pelumba Suzuki yang mendahului Fabio Quartararo dengan kelebihan 14 mata.

Walaupun belum memenangi perlumbaan, Mir konsisten dengan tiga penamat di tempat kedua dan tiga kali di tempat ketiga dalam 11 perlumbaan tahun ini.

Quartararo yang berasal dari Perancis, merakam tiga kemenangan mencatat keputusan buruk dalam dua perlumbaan berturut-turut di Aragon pada Oktober.

Saingan musim ini akan berakhir di Grand Prix (GP) Portugal di Portimao pada 22 November ini.- AFP

Sumber: BH Online

 

No votes yet