27 July 2024, Saturday | 06:53pm

Henti guna jersi No 10

2020-11-26

PARIS: Jurulatih Marseille, Andre Villas-Boas berkata jersi No 10 perlu ditamatkan penggunaannya daripada semua pasukan sebagai memperingati Diego Maradona selepas kematian ikon Argentina itu.

Pemenang Piala Dunia 1986 yang juga bekas pemain Napoli, Barcelona dan Boca Juniors itu meninggal dunia malam tadi selepas terkena serangan jantuang.

Penghormatan hadir daripada seluruh dunia ketika bola sepak bersedih dengan kehilangan seorang daripada ikon paling disyangi manakala rakan senegara, hero Lionel Messi menggambarkan dia sebagai "abadi".

Villas-Boas percaya FIFA sepatutnya memberi penghormatan dengan menamatkan penggunaan nombor jersi berkenaan di seluruh dunia.

"Ia berita yang sangat buruk, selain kehilangan seorang ahli majlis (di Porto) yang sangat penting buat saya, menjadi orang pertama membuka pintu buat saya dalam dunia kejurulatihan," katanya selepas pasukannya kalah kepada Porto dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

"Dan berita pemergian Maradona ialah sesuatu yang sukar, saya mahu FIFA menamatkan penggunaan jersi No.10 dalam semua kejohanan, untuk semua pasukan.

"Ia akan menjadi tindakan terbaik boleh dilakukan untuknya. Dia adalah kehilangan besar buat dunia bola sepak." - Agensi

Sumber: BH Online

 

No votes yet