19 March 2024, Tuesday | 11:13am

Mangsa banjir di Terengganu menurun 185 orang

2020-12-23

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa kini menurun kepada 185 orang.

Sehingga jam 8 pagi tadi, hanya enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Kemaman dan Dungun yang menempatkan 51 keluarga.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah mangsa di Kemaman ialah seramai 39 orang melibatkan lapan keluarga.

Mereka kini ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai dan SK Bukit Mentok sementara di Dungun pula, jumlah mangsa menurun kepada 146 orang dengan melibatkan 43 keluarga.

Empat pusat pemindahan yang masih dibuka di daerah itu adalah Dewan Sivik Paka Dewan Serbaguna Paya Kemudi, Dewan Masjid Kampung Serdang dan Sekolah Kebangsaan Delong.

Tambah Che Adam, jumlah mangsa dijangka semakin menurun susulan cuaca baik dan beberapa lembangan sungai utama di negeri ini menunjukkan trend menurun.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Gambar: utusan.com.my

No votes yet