3 December 2020, Thursday | 04:48pm

Jepun, IOC setuju Olimpik dianjurkan seperti dirancang

2020-11-17

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Isnin bersetuju dengan ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, penganjuran Sukan Olimpik Tokyo akan diadakan seperti dirancang dan mungkin dengan kehadiran penonton, lapor Kyodo News.

Suga dan Bach juga sepakat bekerjasama untuk memastikan keselamatan penonton berikutan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.

Bach dalam rangka lawatan empat hari ke Tokyo bermula Ahad,

Pada satu sidang media kemudian Bach menyarankan IOC menanggung beberapa kos untuk suntikan vaksin COVID-19 kepada peserta jika vaksin sudah tersedia, walaupun menafikan "khabar angin" suntikan itu bakal menjadi syarat kepada pengunjung luar untuk datang ke Jepun.

Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai jumlah penonton yang dibenarkan masuk kes stadium belum diputuskan.

Olimpik Jepun dijadual diadakan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 manakala Paralimpik pada 24 Ogos hingga 5 September.

Jepun juga dilaporkan merancang mengecualikan syarat kuarantin 14 hari kepada pengunjung asing jika datang dari negara atau wilayah yang mencatatkan kurang kes COVID-19. Atlet dan kakitangan yang menyertai kejohanan atau kem latihan di Jepun juga akan dikecualikan

Tinjauan Kyodo News pada Oktober menunjukkan 37.6 peratus mengatakan kejohanan itu harus diadakan manakala 31.8 peratus lagi mahu ia ditunda dan 24.1 peratus berpendapat Olimpik wajar dibatalkan. -- BERNAMA

Sumber: astro AWANI

 

No votes yet