29 March 2024, Friday | 11:25pm

Tampil berpurdah, Neelofa doa terus istiqamah

2020-10-16

KUALA LUMPUR – Selepas menarik perhatian peminat dengan imej bertudung labuh menutupi dada dan juga stoking kaki sekitar Ogos lalu, pelakon Neelofa sekali membuat kejutan dengan imej berpurdah.

Pengacara dan usahawan itu memuat naik imej terkininya yang mengenakan purdah atau niqab menerusi siri gambar dalam Instagramnya.

Bekas pengacara MeleTOP ini turut memuat naik satu kenyataan ringkas dalam Instastory seakan memberi bayangan terhadap perubahan imejnya itu.

NEELOFA memohon doa agar istiqamah dengan perubahan imej yang dijalani sekarang.

“Doakan saya insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi. lnsya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian Neelofa, 31, itu meraih perhatian peminat dan juga rakan-rakan selebriti yang memuji dan mendoakan dia agar kekal istiqamah dengan imej terbaharunya itu.

Sebelum ini, perubahan imej yang lebih islamik itu dikaitkan dengan gosip hubungan cinta pencetus ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Harris Ismail.

Biarpun gosip itu kencang diperkatakan dalam kalangan peminat, baik Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut dan menyifatkan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja. – K! ONLINE

 

Average: 3 (1 vote)