6 October 2024, Sunday | 08:43pm

‘Peek-A-Zoo’ inisiatif pelajar iCEPS, UiTM dalam memulihara zoo negara yang terkesan akibat Covid-19

2020-12-17

Kuala Lumpur, 17 Disember 2020 :- Khidmat kesukarelawan merupakan salah satu bentuk tanggungjawab sosial dengan perkembangan kemahiran dimana ianya bertujuan untuk menggalakkan kebaikan atau meningkatkan kualiti hidup manusia, alam sekitar dan haiwan.

Oleh itu, sekumpulan pelajar dari iCEPS, UiTM telah mengambil inisiatif dengan menganjur sebuah program yang dinamakan ‘Peek-A-Zoo’, Tanggungjawab Sosial Dan Sukarelawan Bersama Zoo Negara, sebuah program bagi memenuhi tanggungjawab sosial dengan kerjasama para sukarelawan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesan pandemik keatas haiwan di Zoo Negara.

Program ini diilhamkan oleh pelajar tahun akhir iCEPS, UiTM dalam memulihara Zoo Negara yang sebelum ini rancak  dikunjungi  pelancong tempatan termasuk pelancong asing tetapi semakin kurang akibat kesan pandemik Covid-19. Bukan sahaja kurang dengan kedatangan pelancong, malah, haiwan – haiwan di Zoo Negara juga tidak mempunyai makanan yang secukupnya oleh kerana kos operasi yang tinggi.

Ini terbukti apabila laporan dari Sinar Harian menyatakan, Zoo Negara memerlukan RM1 juta sebulan bagi menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo.

Dan baru – baru ini juga, seorang pendakwah terkenal tempatan telah tampil menghulurkan sumbangan makanan kepada haiwan di Zoo Negara selepas dilaporkan mempunyai masalah kekurangan dana.

Sejajar dengan itu, diharapkan usaha murni ‘Peek-A-Zoo’ ini dapat membantu pihak Zoo Negara untuk terus bernafas dan berdiri teguh walapun diancam pandemik Covid-19 yang turut mengakibatkan ekonomi negara terjejas.

Dengan sokongan Zoo Negara, program ini dijadualkan berlangsung pada 16hb Januari 2021 (Sabtu) secara maya dimana orang ramai boleh mengakses laman media sosial ‘Peek-A-Zoo’ dan menyaksikan sendiri pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah:

1. Swafoto bersama haiwan kesayangan

Memberi kesedaran kepada peserta betapa pentingnya memelihara dan menyayangi haiwan. Peserta dapat berkongsi kegembiraan mereka bersama haiwan kesayangan.

2. Pertandingan Reka Bentuk Mural

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat peserta dalam menghasilkan reka bentuk mural. Mural yang dihasilkan harus mempunyai unsur berkaitan zoo dan juga iCEPS.

Penjurian akan dilakukan oleh pihak Zoo Negara, iCEPS dan jemputan luar.

Selaras dengan penggunaan  ‘Dare To Care’ sebagai tema program ‘Peek-A-Zoo’, diharapkan agar program ini dapat ‘membuka mata’ orang ramai terutamanya dari pihak swasta, NGO  termasuk individu – individu yang berkemampuan untuk tampil menghulurkan sumbangan ke pihak Zoo Negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui pembayaran kepada

MALAYSIAN ZOOLOGICAL SOCIETY

MAYBANK 5144 2235 6082

Pemilihan khidmat kesukarelawan berbentuk khidmat sosial juga diharap dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat amnya betapa pentingnya memelihara dan menyayangi haiwan.

Latar Belakang Program ‘Peek-A-Zoo’

Program Peek-A-Zoo: Tanggungjawab Sosial Dan Sukarelawan bersama Zoo Negara merupakan sebuah program pelajar tahun akhir peringkat Sarjana Muda jurusan Komunikasi Massa dalam memenuhi keperluan subjek Kaunseling dalam masa yang sama memberi peluang kepada Mahasiswa menguruskan projek berskala besar. Program ini dijangka akan melibatkan beratus sukarelawan yang datang dari pelbagai latar belakang bagi menjayakan program dan usaha murni iaitu memulihara keadaan di Zoo Negara terutamanya kepada haiwan-haiwan.

Sumber: Peek-A-Zoo

 

Average: 4.2 (5 votes)