13 December 2019, Friday | 01:02pm

'Semoga bukan anugerah kesian..' - Watak Ustaz Hamadi beri Azhan kemenangan lagi

2019-11-26

PELAKON Azhan Rani melahirkan rasa syukur selepas menerima anugerah khas juri bagi drama Nur di malam Anugerah Telenovela 2019 pada Jumaat lalu. Kata Azhan, dia mengharapkan kemenangan tersebut bukan bersifat belas kasihan memandangkan ia diadili oleh juri.

"Syukur Alhamdulillah.. Selalu jadi tukang tepuk malam ni hambek aku pulak kena tepuk.. Semoga bukan anugerah kesian sebab ini merupakan anugerah khas juri.. "Setinggi-tinggi terima kasih buat juri-juri atas penghargaan ini. Tak lupa juga buat @radius.one terutama penulis dan pengarah kesayangan Malaya @budakijat yang menyebabkan Azhan Rani naik stage malam ni..

"Pastinya akan berderet ucapan tahniah untuk ini, apapun aku dahulukan dengan terima kasih.. Memadailah puji-pujian buat Allah swt yang mengizinkan segala kebaikkan.. "Yang lebih penting di sebalik seketul award, puji-pujian dan tepuk sorak apa yang akan jadi esok," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi ini mengharapkan lebih banyak kemajuan dalam penulisan bagi menghasilkan sebuah karya yang baik. "Semoga malam ni bukan sekadar penerus tradisi malam anugerah namun yang lebih penting andai malam ini dapat mencetuskan lebih banyak kebaikkan untuk kemajuan penulisan juga pembikinan drama dan filem kita.

"Banyak isu serius sama ada isi kandung dan tanggungjawab sosial karya, kebajikan, pengurusan, masa depan pengkarya baik yang di depan kamera mahupun di belakang kamera yang patut dibuat penambahbaikkan.. "Moga sama-sama kita betulkan nawaitu.. Andai esok lebih baik buat kita semua ianya adalah anugerah yang paling manis buat kita semua.. Insya-Allah terima kasih," tulisnya lagi.

Azhan menerima anugerah khas juri persembahan lakonan yang memberi impak kepada masyarakat arahan Shahrulezad Mohameddin terbitan Radius One Sdn Bhd.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

bagi pihak AZHAN RAN terima kasih .. syukur alhamdulillah.. selalu jadi tukang tepuk malam ni hambek aku pulak kena tepuk.. semoga bukan anugerah kesian sebab ini merupakan anugerah khas juri.. setinggi2 terima kasih buat juri2 atas penghargaan ini. tak lupa juga buat @radius.one terutama penulis dan pengarah kesayangan malaya @budakijat yang menyebabkan AZHAN RAN naik stage malam ni.. pastinya akan berderet ucapan tahniah untuk ini, apapun aku dahulukan dengan terima kasih.. memadailah puji2an buat Allah SWT yang mengizinkan segala kebaikkan.. yang lebih penting disebalik seketul award, puji2 dan tepuk sorak apa yang akan jadi esok.. semoga malam ni bukan sekadar penerus tradisi malam anugerah namun yang lebih penting andai malam ini dapat mencetuskan lebih banyak kebaikkan untuk kemajuan penulisan juga pembikinan drama dan filem kita. banyak isu serius samada isi kandung dan tanggungjawab sosial karya, kebajikan, pengurusan, masa depan pengkarya baik yang di depan kamera mahupun di belakang kamera yang patut dibuat penambahbaikkan.. moga sama2 kita betulkan nawaitu.. andai esok lebih baik buat kita semua ianya adalah anugerah yang paling manis buat kita semua.. in shaallah terima kasih #syukur #yayasanpembangunanbukunegara #anugerahtelenovela2019

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

 

Source: AstroAWANI

No votes yet