13 November 2024, Wednesday | 07:33am

Operasi banteras penjaja warga asing DBKL kurang berkesan

2020-12-10

KUALA LUMPUR: Tiada penguat kuasa Jabatan Imigresen (Imigresen) dalam kebanyakan Operasi Tegas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menjadi punca masalah penjaja warga asing gagal ditangani dengan berkesan.

Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 menjelaskan, semua operasi membabitkan tangkapan warga asing perlu membabitkan Imigesen bagi memastikan penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh.

Katanya, Statistik Tindakan Ops Tegas antara 2017 hingga 2019 mendapati penguat kuasa Imigresen tidak terbabit dalam semua operasi berkenaan.

"Imigresen hanya terbabit dalam Ops Tegas untuk 41 siri (33.9 peratus) daripada 121 siri operasi yang dijalankan, dengan penangkapan 673 penjaja warga asing.

"Sepanjang 2019, Imigresen tidak membabitkan diri dalam setiap Ops Tegas yang dilaksanakan dan tiada tangkapan penjaja warga asing dilakukan," jelas laporan audit itu yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

Sumber: BH Online

 

No votes yet