27 July 2024, Saturday | 01:45pm

Murid boleh pakai kasut hitam atau putih ke sekolah tahun depan

2020-12-08

PUTRAJAYA – Semua murid sekolah dibenarkan memilih untuk memakai kasut berwana hitam atau putih beserta stoking mengikut warna kasut yang dipakai mulai tahun depan.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 7 Disember 2020.

KPM menerusi SPI itu berkata, penguatkuasaan itu dilakukan bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu.

“Kasut berwarna hitam mestilah dipakai bersama stoking hitam manakala kasut berwarna putih mestilah dipakai bersama stoking putih,” katanya di sini hari ini.

KPM juga menetapkan bahawa kasut yang dipakai mestilah diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik lain seperti nylon dan polyester bagi faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S).

SPI itu akan berkuat kuasa secara serta merta mulai pada tarikh ia dikeluarkan. 

Sumber: K! ONLINE

 

No votes yet