5 July 2020, Sunday | 12:33pm

'Lucinta Luna diakui perempuan'

2020-02-13

Jakarta: Polis mendedahkan jantina selebriti Lucinta Luna yang ditahan kerana kes dadah, Selasa lalu, adalah seorang perempuan.

Ia berdasarkan keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan yang membenarkan permohonan penukaran jantina penari dan penyanyi itu, tahun lalu.

Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus mengesahkan perkara itu di Balai Polis Metro Jakarta Barat, hari ini.

“Lucinta Luna sudah diakui sebagai seorang perempuan sejak Disember 2019,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan Lucinta Luna ditahan selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Individu dengan nama sebenarnya Muhammad Fatah itu ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, 1.30 pagi Selasa.

Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri.

Polis menemukan beberapa pil ekstasi di apartmennya.

Bagaimanapun, penahanan Lucinta Luna membuatkan polis bingung untuk menempatkannya di lokap lelaki atau wanita berikutan keraguan status jantinanya.

Turut ditahan, ‘teman lelakinya’ yang kemudian disahkan polis sebenarnya adalah perempuan.

Sebelum ini, dia pernah merakamkan lagu bersama jutawan kosmetik dari Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat menerusi lagu ‘Bobo Di Mana’.

Sumber: my Metro

 

No votes yet