23 October 2020, Friday | 10:28am

Kami dipanggil SPRM hanya untuk beri kerjasama - Siti Sarah

2020-10-02

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memaklumkan kehadiran dia dan suami ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis adalah untuk memberi kerjasama selepas dipanggil memberi keterangan.

Siti Sarah memuat naik dua keping gambar ke akaun Instagram pada lewat Khamis memaklumkan perkembangan itu.

"Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," tulis Siti Sarah pada kapsyen gambar.

 

 

Pengurusan Siti Sarah sebelum ini memaklumkan, penyanyi itu hadir ke SPRM untuk menemani suaminya, Shuib Sepahtu, yang dipanggil memberi keterangan.

Pada Khamis, Astro AWANI melaporkan sepasang suami isteri yang juga selebriti dipercayai telah dipanggil oleh SPRM pada Khamis, dipercayai untuk membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Mereka dilaporkan hadir ke ibu pejabat SPRM pada tengah hari Khamis untuk diambil keterangan membabitkan perniagaan yang diusahakan mereka.

Sumber: astro AWANI

 

Average: 5 (1 vote)