29 March 2024, Friday | 06:08am

Bukan keputusan mudah luaskan skim i-Sinar - Johan

2020-11-27

KUALA LUMPUR: Persetujuan untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan bukan satu keputusan mudah.

Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican menjelaskan, ia dibuat untuk mengimbangkan antara keperluan segera jangka pendek dan jangka panjang selepas pencarum bersara kelak.

"Pengumuman i-Sinar merupakan antara yang baik oleh menteri semalam. Sebenarnya bukan mudah untuk kerajaan membuat keputusan berkenaan.

"Saya kembali untuk mengimbangkan antara keperluan segera jangka pendek bagi mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan dan jangka panjang untuk mereka mempunyai simpanan selepas bersara.

"Ini adalah pilihan yang sukar oleh kerajaan kerana saya rasa pada akhirnya, kita benar-benar perlu mencuba untuk memberi bantuan dan menampung mereka yang benar-benar mengalami masa sukar ini terutama mereka yang kehilangan pekerjaan atau menghadapi penurunan pendapatan yang besar untuk menarik sebahagian daripada akaun satu.

"Tetapi hujahnya adalah mereka perlu menyumbang kembali ke Akuan 1 selepas menyambung semula pekerjaan," katanya semasa Dialog Pasca Belanjawan melalui Zoom pada Jumaat.

Sumber: astro AWANI

 

No votes yet