17 April 2021, Saturday | 07:44pm

Buangan klinikal di Malaysia dijangka meningkat tahun ini

2020-11-27

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan lebih banyak sisa buangan klinikal dihasilkan tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, jangkaan peningkatan sisa buangan klinikal itu selari dengan kenyataan dibuat Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sidang Dewan Rakyat pada 3 November lalu.

Beliau berkata, sisa buangan klinikal yang dihasilkan di seluruh negara tahun ini dijangka meningkat sebanyak 20 peratus khususnya sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Sepanjang tahun lalu, kuantiti buangan klinikal adalah sebanyak 33,800 tan metrik, dengan peningkatan 7.5 peratus berbanding 31,400 tan metrik pada tahun sebelumnya.

“Antara tiga negeri yang mencatatkan jumlah buangan klinikal tertinggi ialah Selangor (7,300 tan metrik), Kuala Lumpur (3,800 tan metrik) dan Sarawak (3,700 tan metrik),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Statistik mengenai buangan klinikal itu dimuatkan dalam Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2020 yang dikeluarkan DOSM. 

Sumber: K! ONLINE

 

No votes yet