23 October 2020, Friday | 10:38am

“Orang kita malu mengaku pernah terjebak dadah” - Radhi OAG lancar radio 'online' bantu penagih, bawa anak perempuan jadi DJ

2020-10-02

Pernah terjebak dengan pengambilan barang terlarang, vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya dadah.

Justeru itu, Radhi atau nama sebenar Mohd Radhi Razali, 43, berkata dia akan melancarkan radio dalam talian yang diberi nama ‘Manthul FM’ bagi berkongsi pengalaman hitamnya itu.

“Alhamdulillah.. saya dan team akan membuka satu studio dan melancarkan radio online pertama dan slot kelolaan saya nant akan mengetengahkan mengenai individu yang terjebak dadah.

“Sudah lama saya pasang impian nak kongsi pengalaman hidup dan saya tidak malu untuk akui saya seorang recovering addict kerana inilah kehidupan saya sekarang.

“InsyaAllah, 10 Oktober ini kita akan lancarkan Manthul FM… saya salah seorang penyampai! Untuk slot kendalian say aitu nant kita akan bercerita tetang pengalaman, tapi jangan risau ada juga segmen lain yang menarik dalam radio itu nanti,” katanya kepada mStar.

Radhi berkata demikian Ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem Puteri Gunung Sengkuang yang berlangsung di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Radhi bersedia menerima apa jua kritikan pendengar dan tidak bimbang dengan kecaman yang bakal diterima daripada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan penubuhan Manthul FM ini.

Katanya, dia mahu memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih untuk bangkit dan tidak berasa diri terasing hanya kerana pernah terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu.

“Mungkin akan ada yang kurang rasa senang… tapi saya tidak takut dengan kecaman yang bakal diterima sebab saya kena berterus-terang tentang isu ini.

“Mungkin dengan berkongsi ilmu ini nant dapat beri manafaat kepada orang lain, kalua mereka terbuka untuk berkongsi, saya lagi suka!

“Selalunya, orang kita ni dia ada perasaan malu dan segan nk mengakui apabila terjebak benda-benda ni. Dalam program kami ini kebebasan mereka bercerita apa sahaja!,” ujarnya.

Selain berkongsi mengenai sejarah hitam terjebak penagihan dadah, Radhi juga akan bercerita mengenai kisah peribadi termasuk memberi peluang kepada anak perempuannya, Aisyah, 5, yang akan menjadi penyampai radio dalam salah satu segmen.

Sebelum ini Radhi pernah mengikuti pemulihan di rumah pengasih kira-kira 10 tahun lalu.

Sumber: mStar

 

Average: 5 (1 vote)