15 August 2020, Saturday | 09:23pm

Siasatan

MH17: ‘Siasatan capai 50 peratus’

Sepang: Siasatan tragedi pesawat MH17 oleh pasukan penyiasat antarabangsa di lokasi nahas di wilayah Donetsk, timur Ukraine, sudah mencapai 50 peratus.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan bahan bukti dan keterangan saksi yang diperoleh di lokasi kejadian oleh pasukan penyiasat dari Belanda, Australia dan Malaysia.

Keselamatan Tempat Nahas MH17 Merosot, Belanda Tangguh Misi Carian

THE HAGUE: Pakar antarabangsa pada Rabu menangguhkan carian dan penyelidikan mereka di lokasi nahas MH17 kerana keselamatan yang semakin merosot di timur Ukraine, kata Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.