5 April 2020, Sunday | 08:20am

Zul Ariffin tak terkesan dengan video panas

2020-01-08

 

“SAYA tak nak bercakap lagi berkenaan video kontroversi ini. Sekali lagi saya tegaskan saya tak terkesan dengan video ini dan langsung tak memberi impak kepada saya,” kata pelakon Zul Ariffin, 34, apabila diminta mengulas penyebaran video panas yang dikatakan miripnya, baru-baru ini.

Video berdurasi 45 saat itu memaparkan individu miripnya dalam keadaan berbaring dan melakukan aksi tidak senonoh.

Pelakon filem Sangkar ini berkata, tiada sebab untuk dia berasa marah kerana pihak terbabit boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.

“Saya tetap bekerja. Saya seorang pelakon bukannya selebriti. Kalau seseorang menganggap dirinya selebriti, ia mungkin memberi kesan kerana membabitkan imej. Tapi saya seorang pelakon dan saya perlu bertindak profesional menjaga kualiti lakonan di lokasi penggambaran. Sebagai pelakon, hanya ini yang saya tahu, selebihnya adalah kehidupan peribadi,” katanya.

Zul berkata, dia tidak boleh menghentikan mana-mana pihak yang sengaja mahu memburukkan dirinya.

“Saya cuma risau apabila bekerja dalam bidang ini, ia boleh beri kesan terhadap karier saya. Itu saja satu-satunya perkara yang saya risaukan. Tapi setakat ini saya keluar berjalan-jalan, orang tetap menyapa tanpa rasa pelik. Mungkin kalau bukan saya, perkara ini akan jadi pada orang lain pula nanti,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem Talbis Iblis di Hatter’s Castle di Pulau Carey, Klang, hari ini.

Terdahulu, Zul menafikan dirinya individu dalam video ini dan mendakwa dirinya menjadi mangsa teknik ‘deepfake’ iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video.

“Saya tak berhasrat untuk buat laporan polis kerana tiada guna kerana ini adalah teknologi Internet. Lainlah kalau orang itu berada depan mata. Saya dah melalui pelbagai kontroversi sepanjang bergelar anak seni. Setiap orang ada kisah masing-masing. Disebabkan itulah saya tidak pernah memberi komen terhadap pelakon lain,” katanya.

Zul turut menafikan menyahaktifkan Instagram buat sementara kerana isu terbabit.

Menurutnya, setiap hujung tahun dia pasti akan berbuat demikian untuk berehat daripada media sosial.

 

 

Sumber: Harian Metro

Foto: Hype MY

No votes yet