3 December 2020, Thursday | 04:15pm

Zon merah bagi masjid, surau dan surau Jumaat di KL bertambah

2020-11-19

PUTRAJAYA – Dua buah masjid di Kuala Lumpur (KL) diletakkan di bawah status zon merah bagi tempoh mulai 18 hingga 24 November ini.

Turut diletakkan di bawah kategori zon merah ialah 11 buah surau dan surat Jumaat yang kesemuanya terletak di wilayah itu.

Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dalam kenyataan hari ini berkata, berbanding minggu sebelumnya iaitu 11 hingga 17 November, tiada satu pun masjid atau surau diletakkan bawah zon merah.

Menurutnya, dua buah masjid di Kuala Lumpur yang diletakkan bawah status zon merah ialah Masjid As-Sodiqin, Cheras dan Masjid Saidina Umar bin Al-Khattab, Bukit Damansara.

“Selain itu, 11 buah surau Jumaat dan surat Jumaat dengan kebenaran khas di Kuala Lumpur turut diletakkan bawah status zon merah.

“Manakala, 16 buah masjid, 16 buah surau Jumaat dan 28 buah surau di Labuan masih diletakkan bawah kategori zon merah sama seperti minggu sebelumnya.

“Selain itu, tiada status zon merah ditetapkan bagi masjid dan surau di Putrajaya,” katanya.

Katanya, senarai status zon itu penting sebagai panduan kepada jemaah untuk aktiviti solat fardu, solat Jumaat dan majlis akad nikah.

“Senarai penuh status masjid dan surau berdasarkan zon hijau, jingga, kuning dan merah itu boleh disemak menerusi laman rasmi Facebook Jawi,” katanya.

Status kategori zon masjid dan surau itu diputuskan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seminggu sekali.

Berdasarkan senarai itu, katanya, lima buah masjid di Kuala Lumpur diletakkan bawah zon hijau berbanding hanya dua buah masjid minggu sebelumnya.

Bagi masjid-masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula, Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Putra, Putrajaya dikategorikan zon kuning manakala, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya pula zon hijau. 

Sumber: K! ONLINE

 

No votes yet