5 July 2020, Sunday | 01:06pm

Zeina jaguh tinju Berlin

2020-01-30

 

TIDAK ramai daripada peninju wanita yang memilih kerjaya dalam sukan tinju profesional.

Tambahan pula bagi wanita Islam yang memakai hijab. Lain pula bagi peninju profesional Jerman, Zeina Nassar, 22.

Dia mencipta sejarah sebagai pemegang rekod Peninju Berlin dan pada 2018 dia memenangi Kejohanan Elite Wanita Jerman bagi kategori berat 57 kg ke atas.

Zeina nyata berjaya mengubah persepsi terhadap sukan tinju yang memerlukan seorang peninju itu mempunyai daya ketahanan tinggi, lasak dan tangkas menahan asakan ketika bertarung.

Zeina yang lahir dan dibesarkan di Berlin adalah anak kepada ibu bapa berasal dari Lubnan.

Wanita gigih ini yang mula berjinak dalam sukan tinju sejak berusia 13 tahun yang mahu perubahan pada diri selepas aktif dalam sukan bola kerajaan di sekolahnya.

Memiliki rupa paras menawan menarik perhatian peminat sukan seluruh dunia selain dilantik sebagai atlet Nike pada 2017.

 

 

 

Sumber: Harian Metro

 

No votes yet