20 September 2020, Sunday | 12:09am

Warga Malaysia antara 15 yang dihalang masuk Singapura

2020-02-03

 

SINGAPURA: Seorang pemegang pasport Malaysia antara 15 pengembara yang dihalang memasuki Singapura oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) republik itu pada pada 1 tengah hari Ahad.

Menurut ICA, pengembara itu dihalang kerana sama ada mempunyai sejarah perjalanan ke tanah besar China dalam tempoh 14 hari lepas atau penggantungan kemudahan visa berkuat kuasa pada Sabtu malam.

ICA berkata demikian dalam respons kepada pertanyaan media mengenai pengembara yang disekat masuk sejak 1 Feb 2020.

Selain Malaysia, media tempatan melaporkan warganegara lain ialah Sepanyol (satu), Amerika Syarikat (dua), China (lima), India (lima) dan Britain (satu).

 

Warga Malaysia antara 15 yang dihalang masuk Singapura

 

Singapura mengumumkan pada 31 Jan, semua pelawat baharu yang pernah ke tanah besar China dalam tempoh 14 hari lepas tidak dibenarkan masuk atau transit di Singapura berkuat kuasa 1 Feb.

Langkah itu diputuskan oleh Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura mengenai jangkitan koronavirus Wuhan untuk mengehadkan potensi risiko daripada pelawat baharu tiba dari China kepada Singapura.

 

-- BERNAMA

 

 

 

Sumber: Astro Awani

Foto: Sinar Harian

No votes yet