17 June 2019, Monday | 06:15pm

Video Pecutan ‘The Flash’ Malaysia Jadi Perhatian

2019-04-23

Nama Muhammad Azeem, 15 tahun mula mendapat perhatian apabila mengungguli acara 100 meter kategori bawah 18 tahun pada kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Filipina, pada Mac lepas.

Azeem yang berasal dari Perak merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat mencatat masa larian yang mengagumkan dengan catatan 10.69 saat sekaligus memadamkan rekod atlet Thailand dengan masa 10.74 saat pada tahun 2011.

Terbaru rakaman video pecutannya tersebar di media sosial apabila mencatatkan rekod baru acara 100m dengan masa larian 10.63 saat.

Saksikanlah bagaimana larian Azeem memecut meninggalkan pesaingnnya di kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

 

-kwiknews

 

Average: 5 (1 vote)