18 February 2020, Tuesday | 05:09am

Terbuka Malaysia 2020: BAM tawar diskaun pembelian awal tiket

2020-02-12

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menawarkan diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket awal menyaksikan Terbuka Malaysia 2020 bermula hari ini hingga 23 Februari dan diskaun 10 peratus dari 24 hingga 29 Februari.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, kanak-kanak berumur 4 hingga 18 tahun layak untuk membeli tiket kelas pelajar untuk bahagian Premium, bahagian Lower Tier dan Upper Tier.

"Kami berharap para peminat akan mengambil kesempatan terhadap tawaran ini dan membeli tiket mereka awal. Diskaun yang banyak jika mereka membeli tiket semasa tempoh tawaran.

Image result for Kenny Goh BAM

Kenny Goh

 

"Bagaimanapun yang lebih penting, pembelian tiket awal akan menjamin peminat mendapat tempat pilihan mereka," katanya.

Semua tiket, termasuk kategori 'Super Fan' yang menawarkan akses ke tempat duduk tepi gelanggang dan menerima imbuhan seperti buku cenderamata dan poster rasmi yang ditandatangani oleh pemain kebangsaan dan hospitaliti eksklusif di Axiata Arena, tertakluk kepada tawaran.

Tiket pelajar bermula dari RM13 (hari pembukaan) dan akan meningkat apabila kejohanan berlangsung.

Peminat dapat membeli tiket mereka secara dalam talian di https://myticket.asia/ atau di kaunter tiket semasa hari perlawanan pada Axiata Arena mulai 31 Mac. - BERNAMA

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Average: 5 (1 vote)