25 June 2019, Tuesday | 05:25pm

Spurs boleh ketepikan City dan juara!

2019-04-17

BEKAS pemenang Ballon d’Or, Ronaldinho yakin Tottenham Hotspur boleh mengatasi Manchester City, awal pagi esok dan menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL).

Spurs memiliki kelebihan satu gol menjelang perlawanan suku akhir kedua di Stadium Etihad.

Legenda Brazil itu dilaporkan dalam tabloid Britain berkata, skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah boleh menyudahkan tugasan mereka sehingga saingan berakhir.

Dia berkata: “Mengapa tidak Spurs muncul juara UCL? Adakah disebabkan mereka tidak mempunyai sejarah dalam pertandingan itu atau tidak pernah memenanginya sebelum ini?

“Setiap pasukan perlu memenangi UCL dan meraih sekurang-kurangnya sekali.

"Keputusan mereka menentang Manchester City membuktikan mereka boleh bersaing dengan pasukan terbaik.

“Mereka akan percaya mereka boleh meneruskan saingan sehingga penyudah. Jika mereka boleh beraksi sebaik mereka yakin, mereka akan berjaya.”

HMETRO

No votes yet