23 September 2019, Monday | 09:31am

Soniia mara pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia

2019-08-20

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2019 selepas menewaskan pemain Hong Kong, Yip Pui Yin di Switzerland, sebentar tadi.

Wakil tunggal negara dalam acara itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila merakam kemenangan 21-8, 21-18 ke atas Pui Yin dalam aksi pusingan pertama kejohanan yang berlangsung di Basel.

Soniia, 26, akan bertemu pilihan ke-11 kejohanan, Michelle Li bagi perebutan tempat ke pusingan ketiga, esok.

Berdasarkan rekod pertemuan dengan Michelle, Soniia tewas semua tiga perlawanan dengan lawan itu termasuk dua kali ketika Sukan Komanwel 2018 selain Terbuka Finland 2012.

 

Sumber: Berita Harian

No votes yet