25 May 2019, Saturday | 06:42pm

Solskjaer sedia 'buang' separuh pemain

2019-05-16

MANCHESTER - Pemain-pemain Manchester United wajar berasa bimbang apabila pengurus, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan bercadang untuk menyingkirkan hampir separuh pemain sedia ada pada jendela perpindahan musim panas nanti.

 

Solskjaer berang dengan pemain-pemain bintang skuad The Red Devils kerana gagal menunjukkan potensi sebenar selepas dimalukan 0-2 oleh pasukan yang tersingkir ke liga bawahan, Cardiff City pada aksi terakhir Liga Perdana England (EPL) Ahad lalu.

 

Legenda United itu dilaporkan bersedia melepaskan pemain yang gagal menunjukkan sikap sebagai pemain United sejati dalam usahanya mengembalikan pasukan tersebut sebagai pencabar takhta kejuaraan liga.

 

Solskjaer juga didakwa membatalkan perjumpaan dengan barisan pemainnya apabila menggelar mereka sebagai memalukan selepas United menamatkan saingan liga musim ini di kedudukan keenam, sekali gus gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

 

Justeru, beliau terus memberi bayangan akan merombak pasukan itu pada jendela perpindahan musim panas nanti selain menggesa anak-anak buahnya jangan mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri pada musim depan.

 

“Apa yang diperlukan oleh pasukan ini adalah aksi konsisten di laman sendiri, kerana itulah peluang kami untuk mendapatkan lebih banyak mata.

 

“Saya tahu kami cukup bagus ketika melakukan serangan balas tetapi perlu lebih banyak mendominasi perlawanan.

 

“Kami berada dalam keadaan sukar ketika saingan liga menghampiri penamat, namun ia tidak bermaksud pasukan ini semakin teruk,” kata Solskjaer. – Agensi

 

Sumber:Kosmo/http://bit.ly/2LHKudc

 

 

No votes yet