5 April 2020, Sunday | 08:55am

Selepas 25 tahun, lagu 'All I Want For Christmas Is You' akhirnya ungguli carta Billboard

2019-12-17

 

NAMPAKNYA hadiah Krismas buat penyanyi terkenal antarabangsa, Mariah Carey datang lebih awal tahun ini.

Apa tidaknya, lagu nyanyiannya '
All I Want For Christmas Is You' kini meraih juara carta Billboard Hot 100 buat pertama kali selepas 25 tahun dilancarkan.

Lebih bermakna, lagu epik tersebut turut mengungguli carta Rolling Stones sepanjang minggu ini.

Lagu ratu pop berusia 49 tahun itu dilancarkan pada 1994 sebagai lagu single bukan untuk pasaran komersial bahkan, sebelum ini ia juga tidak layak memasuki carta Billboard Hot 100.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, barulah lagu tersebut dianggap layak memasuki carta sehingga berjaya menduduki tangga ketiga pada musim Krismas.


Selain carta Billboard, lagu tersebut turut menduduki tangga teratas dalam platform digital, Amazon Music  sejak 25 November lalu.

Malah setakat ini ia mencecah satu bilion tontonan di laman YouTube.

Susulan kejayaan tersebut, ratu Krismas itu menerusi laman Twitternya meluahkan rasa terharu.

"Kita berjaya," katanya ringkas.

 

 

 

Sejak All I Want For Christmas Is You dilancarkan, ia telah menerima enam kali pensijilan platinum dari Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).

 

 

Sumber: Astro Awani

No votes yet