20 November 2019, Wednesday | 01:38pm

Selatan Filipina dilanda gempa 6.6 magnitud

2019-10-29

 

DAVAO CITY: Gempa bumi berkekuatan 6.6 magnitud melanda selatan Filipina pada Selasa.

Media tempatan melaporkan suasana panik apabila gempa itu menyebabkan bangunan di sekitar pulau Mindanao bergegar.

Gempa yang pada awalnya dikesan berkekuatan 6.8 itu bagaimanapun tidak mencetuskan tsunami, memetik kenyataan USGS.

Tiada laporan kecederaan diterima setakat ini, namun pihak berkuasa Filipina menjangkakan kerosakan pada bangunan akibat gegaran kuat yang melanda Davao City pagi tadi.

 

Gempa bumi berkekuatan 6.6 magnitud melanda selatan Filipina pada Selasa. -USGS

 

Lokasi gegaran merupakan rantau sama di mana gempa 6.4 magnitud dua minggu lalu mengorbankan lima mangsa dan merosakkan puluhan bangunan.

 

Sumber: Astro Awani

No votes yet