18 July 2019, Thursday | 11:39am

Scha Alyahya mahu anak ramai

2019-05-07

 

PELAKON dan pengacara terkenal, Scha Alyahya mendedahkan dia mahu mempunyai ramai cahaya mata.

 

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata, Lara Alana yang kini sudah berusia empat tahun, dia dan suami, Awal Ashaari kini dalam usaha untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka.

 

“Perkara ini normal, bila sudah ada satu, mereka ingin tahu pula andai ada berita gembira seterusnya.

 

“Saya dan Awal sudah berusaha untuk menambah lagi cahaya mata namun belum ada rezeki lagi.

 

“Doa-doakanlah sebab saya nak dapatkan Lara pun mengambil masa setahun lebih.

 

“Jadi, selepas empat tahun ini pun masih belum ada rezeki untuk zuriat kedua. Namun saya dan Awal takkan berhenti untuk mencuba,” ujarnya.

 

Diajukan mengenai kaedah perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) demi mendapatkan zuriat, Scha berkata, belum terfikir lagi.

 

“Sekarang ini tak fikir lagi sebab saya dan Awal kena berusaha sebaik mungkin dulu. Mungkin kalau kerana kekangan faktor umur semakin meningkat saya akan pertimbangkan kaedah yang sedia ada.

 

“Saya beri tempoh dalam setahun dua lagi, kalau tidak ada juga saya akan mula fikirkan.

 

“Saya nak sangat ada anak ramai, sekurang-kurangnya dua atau tiga orang,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Untuk rekod, pasangan selebriti Scha dan Awal selamat diijabkabulkan pada 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan anak perempuan pada 2014.

 

Sumber:SinarHarian/http://bit.ly/2WvPW42

 

Average: 3 (1 vote)

Tags: