5 April 2020, Sunday | 09:05am

'Saya penat!' - PewDiePie umum bercuti daripada YouTube tahun depan

2019-12-16

 

SELEBRITI popular Youtube, PewDiePie mengumumkan bakal berehat buat seketika daripada platform YouTube tahun depan.

PewDiePie yang merupakan pengulas permainan video berpengaruh di laman penstriman itu memaklumkan perkara tersebut dalam satu rakaman terbarunya, pada Sabtu.

Menurut PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Arvid Ulf Kjellberg, 30, dia berasa "penat" dan mahu merehatkan mindanya buat sementara waktu.

Pemuda yang berasal dari Sweden itu memaklumkan bahawa dia sudah membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu.

PewDiePie memperkenalkan saluran YouTube pertamanya pada April 2010. Sehingga kini, saluran YouTubenya telah mencatat angka langganan melebihi 24 bilion.

 

 

Sumber: Astro Awani

Foto: engadget.com

 

No votes yet