18 February 2020, Tuesday | 06:05am

Sasha kembali bergelar isteri

2020-01-21

 

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Sasha Saidin, 43, kembali bergelar isteri untuk kali ketiga apabila selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, 42, malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan adik Sasha, Zain Saidin di hadapan ahli keluarga.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000.

Sasha yang lapan tahun bergelar ibu tunggal akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara itu.

Mereka telah lama mengenali sejak di bangku sekolah.

Sebelum ini, Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003.

Namun, mereka bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Majlis pernikahan Sasha dan Sirhan dihadiri Rozita Che Wan dan Maria Tunku Sabri. Turut serta bekas anggota kumpulan Elite, Azza, Watie dan Linda Rafar.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: MalaysiaGazette
Foto: Beautifulnara

 

 

 

No votes yet