6 June 2020, Saturday | 09:32am

Road to Tokyo 2020 athletes allowed to begin training on June 1

2020-05-19

PUTRAJAYA, May 19 -- The government has given special relaxations for 265 individuals including 57 athletes involved in the Road to Tokyo 2020 programme to begin preparations and training on June 1, said Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

He said this approval was granted by the Special Ministers’ Meeting on the Movement Control Order (MCO) today following an application from Youth and Sports Minister Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican on preparations for the Olympic and Paralympic Games in Tokyo next year.

The training session would be conducted at three centralised training camps -- the Bukit Jalil Sports Complex involving 181 individuals, Academy Badminton Malaysia, Bukit Kiara (56 individuals) and National Sailing Training Centre in Langkawi (28 individuals).

“The first phase of the centralised training camp will be from June 1 to 30, and COVID-19 screening will be conducted during registration.

“The Youth and Sports Ministry (KBS) will use the quarantine-based approach for the 30 days, which is equivalent to two incubation periods,” he told a news conference here today.

Mengulas lanjut katanya, mereka yang terlibat tidak akan dibenarkan keluar daripada Kem Latihan Berpusat, serta sebelum tamat latihan mereka juga akan dikenakan saringan COVID-19.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan pelaksanaan program Kem Latihan Berpusat RTT itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, satu Jawatankuasa Pemantauan akan dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan.

Tarikh baru Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, manakala Sukan Paralimpik Tokyo 2020 diadakan 24 Ogos hingga 5 Sept 2021.

Berdasarkan perancangan asal, Sukan Olimpik 2020 bakal dianjurkan bermula 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, manakala Sukan Paralimpik 2020 dijadualkan diadakan 25 Ogos hingga 6 Sept 2020, namun terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19 melanda dunia.

Sementara itu KBS dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan daripada 265 individu itu, seramai 40 pegawai perubatan dan sains sukan dari Institut Sukan Negara (ISN) akan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan sains dan perubatan sukan, yang secara langsung akan membantu latihan harian atlet Program RTT.

Di samping itu, Jawatankuasa Perlaksanaan dianggotai Majlis Sukan Negara (MSN), ISN dan Persatuan Sukan Kebangsaan berkaitan, akan bersama-sama melaksanakan program itu dan telah menyediakan Garis SOP terkini, termasuk mengambil kira SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kenyataan itu menyebut Kem Latihan Berpusat RTT di Kompleks Sukan Bukit Jalil, akan menempatkan atlet-atlet akuatik (terjun dan renang), gimnastik - artistik, memanah dan karate.

Ini termasuk juga atlet paralimpik bagi sukan-sukan yang telah disenaraikan - akuatik-renang, memanah, berbasikal, olahraga, badminton, boccia, powerlifting, ping pong, menembak dan tenis berkerusi roda. Jumlah atlet Program RTT adalah seramai 40 orang (14 olimpik dan 26 paralimpik).

Bagi Kem Latihan Berpusat RTT di Akademi Badminton Malaysia pula, 13 atlet program RTT termasuk seorang atlet paralimpik bagi sukan badminton, ditempatkan di sana, manakala Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi hanya menempatkan empat atlet program RTT sukan pelayaran.

Source: BERNAMA

 

No votes yet