23 August 2019, Friday | 06:54pm

Remaja Ireland hilang dekat Seremban

2019-08-05

REMAJA perempuan warga Ireland yang mengalami masalah pembelajaran hilang dari tempat keluarganya menginap di sebuah resort di Kampung Pantai, dekat Seremban, hari ini.

Keluarganya hanya menyedari kehilangan Nora Anne Quoirin, 15, jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, keluarga kanak-kanak terbabit dalam percutian dan menginap di resort berkenaan, sejak pagi semalam.

“Pemilik resort dimaklumkan seorang pelanggan mendakwa adiknya tiada di bilik mereka kira-kira 8 pagi tadi sebelum mereka mencari di sekitar kawasan itu, namun gagal menemuinya.

“Siasatan mendapati kanak-kanak berkenaan datang ke Malaysia bersama ibu bapa dan dua lagi adik-beradik. Keluarga mendakwa kanak-kanak itu mengalami masalah lembam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, misi pencarian membabitkan polis dan bomba serta anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Semua ketua polis daerah dan elemen polis Negeri Sembilan sudah dimaklumkan untuk membantu mengesan dan mencari mangsa,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita menerusi akaun Twitter Aisling Agnew memuat naik hantaran mendakwa anak saudaranya yang bercuti di Negeri Sembilan hilang.

Perkara itu tular dan turut dilaporkan BBC News.

 

 

 

 

 

Sumber: Metro             https://bit.ly/2KeIM08

Gambar: astroawani.com

Average: 5 (1 vote)