9 August 2020, Sunday | 09:58am

PKPB: Semua pejabat kerajaan dibuka sepenuhnya - Ismail Sabri

2020-05-13

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet pada Rabu memutuskan semua pejabat kerajaan termasuk kaunter-kaunter kerajaan dibenarkan dibuka sepenuhnya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dibuka pada Rabu dan akan diikuti jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

“Semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mesti dipatuhi sepenuhnya.

“Ia termasuk saringan suhu badan, pengamalan penjarakan  sosial dan penyediaan cecair pembasmi kuman.

“Proses sanitasi juga perlu dilakukan di tempat-tempat atau pejabat kerajaan ini,” kata Ismail Sabri pada sidang media harian di Putrajaya pada Rabu.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah pada 95 peratus.

“Pahang, Pulau Pinang dan Melaka merupakan negeri tertinggi dengan kadar 98 peratus pematuhan,” katanya lagi.

Sumber: astro AWANI

 

Average: 5 (1 vote)