23 August 2019, Friday | 06:37pm

Peng Soon-Liu Ying ke separuh akhir

2019-07-26

 

BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mempamerkan permainan bertenaga sebelum mara ke separuh akhir Terbuka Jepun esok.

Paling menarik mereka mengejutkan pasangan tuan rumah yang juga pilihan ketiga Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-18, 22-20 pada aksi suku akhir di Tokyo hari ini.

Dua aksi sebelum ini pada Masters Malaysia dan Pusingan Akhir Jelajah Dunia menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mudah tunduk kepada Watanabe--Higashino, juara Seluruh England tahun lalu.
 
Bagaimanapun, hari ini pilihan kelima kejohanan itu ternyata berada di kelas tersendiri walaupun diberi tentangan sengit terutama pada set kedua.
 
Menanti Peng Soon-Liu Ying pada separuh akhir adalah pilihan kedua dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping yang sebelum itu mengalahkan Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dari Jerman 21-10, 21-18.

 

 

Sumber: Harian Metro

Foto: The Star

No votes yet