7 April 2020, Tuesday | 05:09am

Pelantikan Misbun lonjak semangat pemain muda, kata Yoke Meng

2020-01-29

 

JURULATIH skuad badminton remaja negara, Kwan Yoke Meng, menyambut baik kehadiran Datuk Misbun Sidek selaku pengarah teknikal skuad remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baru.

Sasaran sama diletakkan setiap tahun supaya skuad remaja negara mampu menyerlah dalam Kejohanan Remaja Asia serta Kejohanan Remaja Dunia.

Menurutnya, kehadiran Misbun seperti menyuntik semangat buat skuad kebangsaan bangkit setelah beraksi hambar dalam dua kejohanan itu tahun lalu, sekali gus mencipta kelainan.

Yoke Meng ketika ini sedang mempersiapkan pasukan negara bagi menghadapi dua kejohanan awal musim, iaitu Kejohanan Kebangsaan Remaja B-18 diikuti Kejohanan Antarabangsa, bermula Mac depan.

 

Pelantikan Misbun lonjak semangat pemain muda, kata Yoke Meng

Yoke Meng (kanan) ketika ini sedang mempersiapkan pasukan negara bagi menghadapi dua kejohanan awal musim, iaitu Kejohanan Kebangsaan Remaja B-18 diikuti Kejohanan Antarabangsa, bermula Mac depan. - Astro ARENA

 

"Sudah tentu ia akan membantu pemain.

"Dia seorang legenda dan akan menyuntik semangat kepada pemain.

"Pengalaman luasnya akan meningkatkan status (pemain)," katanya di ABM, Bukit Kiara, semalam.

Dalam pada itu, pemain remaja negara, Muhammad Fazriq Mohd Razif, percaya Misbun mampu membentuk skuad remaja kebangsaan sebagai sebuah pasukan ampuh.

"Kehadirannya boleh memantapkan pasukan kebangsaan memandangkan dia mempunyai pengetahuan luas dan ia akan membawa manfaat besar," katanya.

 

 

Sumber: Astro Awani

Foto: Berita Harian

No votes yet