23 September 2019, Monday | 09:35am

Paus sperma mati selepas tersangkut celah batu

2019-08-21

PERU: Sedih!

Seekor paus sperma mati pada Selasa ketika usaha untuk menyelamatkan mamalia itu gagal selepas ia ditemui cedera terdampar di Pantai San Bartolo, di sini.

Dilaporkan, haiwan itu mengalami kecederaan selepas tersangkut di celahan batu dan keadaannya menjadi semakin parah apabila air laut mula surut.

Anggota keselamatan dan para pelayar cuba menarik keluar paus berkenaan, namun gagal kerana tersekat di celahan batu.

Operasi menyelamat haiwan itu disaksikan orang awam yang berada di sekitar pantai tersebut.

Selepas beberapa jam mengalami kecederaan, paus berkenaan disahkan mati.

Seorang doktor haiwan yang turut membantu dalam usaha menyelamat berkata, paus sperma itu kehilangan banyak darah akibat hentaman pada batu.

Sumber & gambar: AstroAwani https://bit.ly/2KJrVmm

 

Average: 5 (1 vote)

Tags: