23 August 2019, Friday | 06:41pm

Norra Anne: Laporan penuh bedah siasat diumum 5 petang ini

2019-08-14

 

SEREMBAN - Polis dijangka akan mengumumkan laporan penuh bedah siasat kematian remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15, pada pukul 5 petang ini.

Pengumuman berkenaan akan diadakan di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Selain itu, kes berkenaan mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di HTJ sejak 7 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, proses bedah siasat mayat Nora Anne akan mengambil masa lebih 3 jam. 

 

Pengamal media

Pengamal media berkumpul di luar jabatan forensik Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban pada 14 Ogos 2019, selepas mayat remaja berusia 15 tahun, Nora Anne ditemui. - Foto oleh AFP

 

Sehingga kini, proses bedah siasat telah memasuki tempoh empat jam.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya. - Bernama

 

 

Sumber: Kosmo

 

No votes yet