30 March 2020, Monday | 11:18pm

Maszlee letak jawatan bukan kerana buat banyak kesalahan - PM

2020-01-07

 

PUTRAJAYA: Peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan bukan disebabkan beliau sudah melakukan banyak kesalahan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menjelaskan, sepanjang memegang jawatan, Maszlee juga melakukan perkara baik namun beliau menasihati Ahli Parlimen Simpang Renggam itu supaya berundur daripada Kabinet.

“Bagi pengisian jawatan Menteri Pendidikan ini akan ditentukan oleh saya kerana ini adalah kuasa prerogatif saya,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Berita lanjut akan menyusul.

 

 

Sumber: Berita Harian

No votes yet