23 January 2020, Thursday | 12:31pm

Masa Tahun Baru Cina pandai pula tuntut cuti, kata Syed Saddiq

2020-01-08

 

KUALA LUMPUR – “Bila tiba perayaan Tahun Baru Cina, pandai pula tuntut cuti,” sindir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kontroversi pemasangan hiasan sambutan perayaan kaum Tionghua itu di sebuah sekolah baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika membalas ciapan Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Menurut Syed Saddiq, sekolah kebangsaan adalah milik semua bangsa dan agama manakala perayaan Tahun Baru Cina diraikan bersama kerana Malaysia adalah sebuah negara yang dimiliki semua bangsa dan agama.

Pemasangan hiasan sambutan perayaan kaum Tionghua itu di sebuah sekolah baru-baru ini.

Pada 6 Januari lalu, Mohd. Khairul Azam yang turut dikenali sebagai Buzze Azam dalam satu ciapan di Twitter telah memuat naik sepucuk surat aduan daripada ibu bapa yang tidak senang dengan hiasan Tahun Baru Cina di sekolah tersebut.

Beliau yang juga seorang peguam mendakwa, hiasan berkenaan adalah melanggar Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan terdapat ibu bapa beragama Islam tidak senang dengan apa yang dilihat mereka sebagai cubaan untuk menyebarkan agama bukan Islam kepada para pelajar di SMK Pusat Bandar Puchong.

 

Sumber: Malaysian Gazette

No votes yet