15 July 2020, Wednesday | 10:07am

Liga Juara-Juara UEFA: Barcelona tewaskan Liverpool, intai peluang mara ke final

2019-05-02

GERGASI bola sepak Sepanyol Barcelona menewaskan saingannya dari England, Liverpool 3-0 pada lewat Rabu dalam pusingan pertama perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA, yang memberikan pasukan itu kelebihan apabila turun beraksi pada pusingan kedua minggu depan, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Barcelona meraih kemenangan di tempat sendiri apabila bintang bola sepak pasukan itu Luis Suarez dan Lionel Messi menjaringkan gol di stadium Nou Camp.

Membolosi gawang Liverpool sebanyak dua kali, Messi menjaringkan gol beliau yang ke-600 untuk Barcelona.

Penyerang veteran itu mempamerkan aksi mantap dalam Liga Juara-Juara dengan jaringan 12 gol pada musim ini.

Pusingan kedua akan berlangsung di Stadium Anfield Liverpool pada 7 Mei.

Pasukan yang menang akan menentang Kelab Belanda Ajax atau Tottenham Hotspur dari England dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara EUFA 2019 yang bakal berlangsung di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid pada 1 Jun.

Pada Selasa, Ajax menewaskan Tottenham 1-0 di London. - Bernama

 

No votes yet