20 October 2019, Sunday | 02:34am

Lebih RM4 bilion tanah dijual kerajaan terdahulu - Guan Eng

2019-10-09

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menafikan dakwaan yang menyatakan kerajaan menjual tanah miliknya sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan negara pada 8 Mei 2018.

Menterinya, Lim Guan Eng, berkata pada masa yang sama lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kerajaan terdahulu antara tahun 2010 hingga 2017.

“Malah, kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh itu dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka.

“Sebanyak 14 plot tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dijual di sekitar Kuala Lumpur dan dua di Selangor dari tahun 2010 hingga September 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Guan Eng berkata urusan penyahlaburan dan pelupusan aset bukan-teras dan bukan-kritikal negara adalah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, bertujuan mengimbangkan kembali portfolio kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam. - BERNAMA

 

 

Sumber: Berita Harian 

Foto: Malaysiakini

No votes yet