13 December 2019, Friday | 01:16pm

Lebih 30,000 penduduk Narathiwat terjejas akibat banjir

2019-12-03

 

NARATHIWAT: Lebih 30,000 penduduk daripada 209 kampung di 11 daerah di Wilayah Narathiwat terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat dan peningkatan paras air Sungai Golok.

Gabenor Narathiwat, Ekkarat Leesen berkata daerah yang terjejas ialah Sukhirin, Waeng, Sungai Kolok, Sungai Padi, Chanae, Rangae, Rueso, Si Sakhon, Tak Bai, Yingo dan Mueang.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 20 buah sekolah di Wilayah Narathiwat diarahkan tutup berikutan banjir.

 

Image result for raft

Gabenor Narathiwat Ekkarat Leesen (dua, kiri) melakukan tinjauan di Daerah Sungai Kolok Narathiwat yang dilanda banjir. - Bernama



"Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan banjir dan paras air sungai.

"Usaha akan diteruskan untuk memindahkan mangsa ke tempat selamat selain menyediakan makanan dan minuman serta bahan-bahan keperluan lain untuk mangsa banjir," katanya.


Beliau berkata setakat ini 150 orang daripada 36 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Tesaban 4, Sungai Kolok.

Semalam, Ekkarat mengumumkan tiga daerah iaitu Sukhirin, Sungai Golok dan Sungai Padi merupakan kawasan bencana alam.

-- BERNAMA

 

 

 

Sumber: Astro Awani

Foto: bangkokpost.com

No votes yet