17 April 2024, Wednesday | 12:15am

Kluster Penjara Reman hanya babitkan banduan

2020-10-09

Georgetown - Kesemua kes positif Covid-19 yang direkodkan oleh Penjara Reman Pulau Pinang setakat ini membabitkan banduan dengan enam daripadanya adalah banduan satu sel dengan lelaki yang meninggal dunia pada 5 Oktober lalu.

Pengarahnya Mohamed Jusoh Idris berkata, setakat ini tiada petugas penjara itu yang disahkan positif virus berkenaan.

"Bagaimanapun, masih ada petugas yang belum menerima keputusan mereka, manakala banduan yang dijangkiti pula sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

"Kami harap tindakan pantas mengasingkan serta kuarantin mereka yang kami laksanakan sebelum ini dapat membendung penularan wabak itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, ujian saringan Covid-19 dan sanitasi masih dijalankan di penjara berkenaan.

Beliau berkata, buat masa ini operasi penjara berjalan seperti biasa, dikendalikan oleh 320 petugas.

Setakat semalam, Kluster Penjara Reman dilapor merekodkan lapan kes positif termasuk seorang, iaitu kes indeks, yang meninggal dunia pada Isnin lalu.

 

 

 

 

 

Sumber: Metro                     https://bit.ly/2I6F3TH

Gambar: sinarharian.com.my

Average: 5 (1 vote)