13 August 2020, Thursday | 10:14am

Kisah Malaysia Airports Sepanjang 25 Tahun Menghubungkan Orang Ramai

2017-08-07

Sedar tidak sedar sudah hampir 25 tahun usia Malaysia Airports, dimana ia berjaya membina hub utama KLIA untuk menghubungkan orang ramai melalui laluan udara. Bermula daripada lapangan terbang antarabangsa yang kecil di Subang, kini hub Kuala Lumpur semakin ditambah dan diperbesar dari semasa ke semasa, bermula dengan klia2 sehingga pelan untuk membangunkan KLIA Aeropolis.
 
Selain hub KLIA, Malaysia Airports juga turut menguruskan empat lagi lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 lapangan terbang STOLport (short takeoff and landing airport) di Malaysia. STOLport (pelabuhan STOL) pula merupakan inisiatif and tanggungjawab sosial korporat Malaysia Airports kerana pelabuhan STOL ini adalah akses kepada bekalan makanan, ubat-ubatan dan pendidikan bagi penduduk di kawasan terpencil untuk membantu urusan harian mereka.
 
Apakah pula detik manis anda bersama Malaysia Airports?
 
Kongsikan pengalaman anda!
 
Sumber: Kwiknews & edit dari TheVocket / http://bit.ly/2vwyvGi

Average: 4.5 (4 votes)