6 December 2019, Friday | 11:13pm

Khazanah tidak berhasrat melepaskan pegangannya dalam PLUS dan MAHB

2019-10-10

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd tidak berhasrat melepaskan pegangannya dalam PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusannya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata pelaburan dalam kedua-dua aset itu memberi pulangan berterusan kepada dana pelaburan strategik negara itu.

Datuk Shahril tidak menafikan banyak pihak berminat untuk membeli kedua-dua aset itu memandangkan ia menjana keuntungan besar.

Beliau menyatakan demikian dalam satu temubual eksklusif bersama RTM mengenai prospek dan masa depan Khazanah.

Dalam perkembangan lain, pemaju hartanah Singapura, M+S Private Limited, 60 peratus milik Khazanah telah menjual Ophir-Rochor Hotel, pemilik hotel Andaz Singapore, kepada Hoi Hup Realty pada harga 1.44 bilion ringgit.

Transaksi berkenaan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan bagi segmen hotel di Singapura dan yang ketiga tertinggi di Asia tahun ini.

Sumber: Berita RTM

 

Average: 5 (2 votes)