20 November 2019, Wednesday | 01:35pm

Kes LTTE: 10 didakwa hari ini

2019-10-29

 

Ahli perniagaaan A Kalaimughilan merupakan salah seorang daripada 10 individu yang akan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan terlibat dengan kegiatan keganasan dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Kalaimughilan, 28, ditahan pada 10 Oktober bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam operasi khas polis, dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.

Dia diiringi anggota polis yang mengenakan selubung muka dan lengkap bersenjata.

Peguam Kalaimughilan, V Yoges berkata anak guamnya akan didakwa pada pukul 11 pagi nanti atas dakwaan berkaitan keganasan.

Empat lagi individu turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan teribat dengan kegiatan berkaitan LTTE - dua di Kuala Kangsar, dan seorang di Segamat dan Sepang.

Sementara lima lagi individu, termasuk Adun Seremban Jaya P Gunasekaran dan Adun Gadek G Saminathan dilaporkan akan didakwa di Butterworth dan Ayer Keroh.

Seramai 12 orang ditangkap awal bulan ini dalam operasi tersebut. Dua yang lain dijangka didakwa pada Khamis ini di Kuala Lumpur.

 

 

Sumber: Malaysiakini

 

No votes yet