22 February 2020, Saturday | 12:54pm

Kes denggi di Pahang bertambah

2020-02-14

 

KUANTAN: Peningkatan kes wabak demam denggi di Pahang berlaku sebanyak 210 peratus, berbanding dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda, berkata daripada jumlah berkenaan daerah ini mencatatkan rekod jumlah tertinggi iaitu sebabyak 296 kes, berbanding hanya 77 kes pada tahun lalu.

Beliau berkata, peningkatan mendadak berlaku disebabkan beberapa faktor seperti cuaca dan sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan seperti menyediakan bekas takungan air tempat nyamuk membiak.

Justeru, katanya usaha membendung wabak berkenaan perlu dilakukan semua pihak bukan hanya diletakkan pada bahu agensi tertentu sahaja dan perlu dilakukan secara berterusan.

“Terdapat sebanyak 22 kes demam denggi dilaporkan tahun ini namun tiada sebarang kematian direkodkan. Jumlah berkenaan dianggap tinggi walaupun pelbagai usaha mencegah dilakukan secara berterusan.

“Saya yakin tindakan tegas Jabatan Kesihatan mengenakan kompaun kepada mereka yang memiliki jentik-jentik di rumah mungkin dapat membantu menyedarkan masyarakat terhadap pentingnya menjaga kebersihan di kawasan kediaman mereka,” katanya, di sini, hari ini.

 

Kakitangan Jabatan Kesihatan menunjukkan jentik-jentik aedes yang ditemui di kawasan perumahan daerah ini.- Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

 

Abdul Rahim berkata, kompuan RM500 mengikut Seksyen 13 (2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 boleh dikenakan pada individu yang memiliki jentik-jentik di dalam dan persekitaran rumah mereka, terutama membabit kawasan wabak deman denggi.

Katanya, usaha pencegahan wabak demam denggi kini giat dilakukan pejabat kesihatan daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang menganjurkan kempen menjaga kebersihan di kawasan wabak tetapi difahamkan, sambutan masyarakat setempat kurang menggalakkan.

“Peningkatan pembiayakan nyamuk aedes tinggi disebabkan faktor sampah yang menakung air tidak dilupuskan secara sempurna, jentik-jentik mudah membiak seterusnya menyumbang bertambahnya wabak demam denggi.

“Kempen membersih kawasan rumah 10 minit seminggu bagi membanteras tempat pembiakan nyamuk aedes perlu terus dilakukan secara berterusan tanpa perlu menunggu kempen dianjurkan pihak berkuasa.

“Nyamuk aedes mudah membiak dan usaha pencegahan perlu dilakukan, sikap pengotor sesetengah individu mengundang wabak kepada pihak lain,” katanya.

 

 

 

Sumber: Berita Harian

No votes yet