19 September 2020, Saturday | 11:05pm

Kapal persiaran tersadai di laut tiba di Kemboja

2020-02-13

HANOI: Sebuah kapal persiaran yang tersadai di laut selama dua minggu selepas ditolak lima negara kerana dikhuatiri mungkin ada jangkitan coronavirus, tiba di Kemboja pada Khamis, menurut data pengesan satelit.

Data disiarkan laman web Trafik Marin menunjukkan kapal MS Westerdam tiba di bandar pelabuhan Kemboja, Sihanoukville.

Walaupun tiada penumpang dilaporkan jatuh sakit, setakat ini, ketibaan kapal itu ditolak oleh Jepun, Taiwan, Guam, Filipina dan Thailand yang bimbang sekiranya ada dalam kalangan mereka dijangkiti virus berkenaan.

Operasi kapal itu dijalankan oleh sebuah unit Carnival Corp yang berpangkalan di Miami. – REUTERS

Sumber: BH ONLINE

 

Average: 5 (1 vote)