15 August 2020, Saturday | 10:04pm

Kabinet telah putuskan pemangku Menteri Pendidikan

2020-01-09

 

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini telah memutuskan pemangku Menteri Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan perkara itu kelak.

 

Kabinet telah putuskan pemangku Menteri Pendidikan

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas. - Gambar fail



"Kami (Kabinet) telah membuat keputusan berhubung perkara itu, tetapi biarlah perdana menteri mengumumkannya," kata Lim pada sidang media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, hari ini.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas. -- BERNAMA

 

 

Sumber: Astro Awani

Foto: mstar.com.my

No votes yet