4 August 2020, Tuesday | 10:46am

Jeck Seng angkat sumpah Ahli Parlimen Tanjung Piai

2019-11-18

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai kelmarin, mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, Jeck Seng memenangi kerusi berkenaan atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 15,086 undi.

Beliau memperoleh 25,466 undi menewaskan pesaing terdekatnya iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini mendapat 10,380 undi, manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam dengan 1,707 undi.

Tiga lagi calon iaitu Presiden BERJASA, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperoleh 850 dan dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32 undi).

PRK itu diadakan berikutan kematian bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

 

 

Sumber: Berita Harian

No votes yet