10 August 2020, Monday | 07:44pm

Dr M beri amaran PH boleh jadi kerajaan sepenggal

2020-01-20

 

Parti pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak berubah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kita kalah lima pilihan raya kecil dan mereka masih tidak faham,” beliau dipetik berkata kepada pemberita di Langkawi oleh Reuters.

“Saya berita mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai.

“Tetapi sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat… Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya.

Warisan, sekutu Pakatan Harapan, kalah dalam pilihan raya kecil Kimanis, Sabtu lalu.

Tinjauan juga menunjukkan populariti gabungan itu merosot di kalangan orang awam.

 

 

Sumber: Malaysiakini

Foto: penangkini.com

No votes yet